
![]() |
Perawat Hati !
Tuesday | 8:36 PM | 0 candie blossom
assalamualaikum .
selama ni kan , aku tak pernah berada dalam keadaan ni . ni kali pertama dalam hidup aku . hubungan direstu oleh 1 family . dari mak dia , kakak dia , abg dia , adik adik dia , makcik dia , pakcik dia . ohmaigadd ! seriously , aku terharu :') haha . yela , dulu kalau aku nak dtg dgn ex ex aku , semua pergi date dekat pekan . tapi sekarang , simple ! dekat rumah dia je . hoho . senang kerja aku . lalalala ~ wee . then then , aku bersyukur dapat kenal dia . eh eh , tiba tiba terjah mcm ni je tak cerita pun kan dari awal ? haha , haa meh sini mak jemahh nak berceritaa .
sebenarnya , itu TUAN KECIK abg bestie aku . hehe . aku boleh kenal dia kan , means start berkomunikasi la . jyeahhh ! haha , em time tu , bestie aku ni ajk pergi kenduri kawin abg kawan dia tak salah aku . haaa dari situ la kitaorg merepek merepek . gaduh gaduh dgn dia . and then aku saja mintak mintak number dia . dapat wehhhh !! haha , aku dok mengayat dia . tapi tak dapat ! jual mahal ! hahahahaha ! kawan punya kawan punya kawan , last last kitaorg lost contact . lama jugak kitaorg kawan . kalau tak dikira lost contact tu dekat setahun lebih jugak laa . then aku dgn bestie aku tu pun dah renggang sbb dia dah nak pindah . then last aku jumpa TUAN KECIK time aku nak keluar dgn bestie , datang rumah dia , masuk rumah dia , nak masuk bilik bestie , tertembung dgn TUAN KECIK . tp dia boleh ckp apa je tau ? "EH LAMA TAK NAMPAK" . huh -..- sakit pulak hati aku bila diingatkan balik . okay lantak situ . then last aku jumpa bestie ! haa time tu la , bestie ada ckp yg abg dia tu nak number aku , sbb dia tukar number , aku mintak number abg dia tu , tp last last tak jdi sbb aku yg suruh abg dia msg aku . tp sampai kesudah takda . podahhh ~! lepas tu aku geram , aku add dia dalam fb . wuu ~! dia app , then dia chat dgn aku . kalau dia online je , dia chat , tp takda pulak nak mnx number aku , haih ~!! lepas tu aku rindu sgt nak OTP dgn dia mcm dulu dulu . last last aku tebalkan juga la muka aku , minx number dia . yeayy ! got it ! haha ! then sambung kawan dalam 2 bulan mcm tu . tp ada haritu kan , dia buat relay dgn perempuan mana nth . SUMPAH ! aku bengang nk mampos . sampai aku dah buat keputusan , takpela . malas kacau kau dah . then siap bagi chat semua taknak kacau dah , taknak suka kau dah , mcm tu la . tp aku ingt aku bakal dikecewakan , tp last last dia pun ckp yg dia suka aku ! wuuu aku melompat lompat mcm beruk dah aku rasaa ! hahaha . tp dia tak mintak couple pun :'( tau tau dah couple . tp bru je nak bahagia dah gaduh . dia takut sgt nak buang relay dgn perempuan tu . geram aku . lepas tu bukak fb dia ! ohmakk ! penuhh sweetie chat ! walawehhh angin 1 badan aku dibuatnya ! aku diam je . tp tak boleh lama lama , rindu woiii ~! haha , lepas tu selesai semua masalah . mula la kami bahagia . thenn , aku ckp la dgn dia . dia tak melamar aku lagi . then dia melamar aku . time tu berapa haribulan nth . then nak kan ada tarikh start relay , tgk balik dekat chat yg dia ckp dia suka aku tu . rupanya 5 JULAI ! sehari lepas birthday aku . okay dia mmg hadiah harijadi aku yg paling bermakna untuk tahun ni :* dan kami bahagia , sampai la ke harini . alhamdullilah , masing masing terima kekurangan masing masing . kini Allah telah kurniakan aku seorang lelaki yg jauh lebih baik dari MANGKUK tu :') dari tadi dok bercerita tak cakap pun siapa dia . haha , nak tgk ? meh tgk bawah nii .
tu diaaa ~! haha . nama dia ARIEF . tapi org panggil dia AYEP je . tapi aku panggil dia SAYANG . haha . aku sayang TUAN KECIK aku ni . dia la pengubat luka hati aku ni . dia la penghibur hati aku ni . dia la segala galanya . bersyukur sgt dapat jdi milik dia . weee :* thats all , penat dah type . nanti story lagii . ILOVEYOU SAYANG <3
move on :D
| 7:35 PM | 0 candie blossom
assalamualaikum :)
orang selalu cakap , mungkin suatu hari nanti kita akan bahagia . tapi kebahagiaan itu hanyalah sementera . orang juga selalu cakap , kehilangan seseorg yg pernah menjadi sebahagian dari hidup mungkin kerana Allah akan kurniakan seseorg yg jauh lebih baik dari si dia . dan ingin jadikan kita lebih matang dalam memilih dan juga boleh jadikan sebagai pengalaman hidup . jangan memaksa diri untuk melupakan sesuatu yg tidak mungkin kita dpt lupakan . jadikan ia sebagai kisah silam hidup kita yg paling terindah supaya hati mudah dirawat . tabahkan hati , terima la dgn rela hati . balasan yg akan kita dapat , akan berlipat ganda jauh lebih baik .
macam aku . 7 bulan aku merana . dipermainkan , dipergunakan seperti org bodoh . sanggup gadaikan wang , masa dan segala gala nya kepada org yg tak mungkin akan bersama dgn aku . aku dilayan seperti perempuan simpanan . yg dicari bila bosan , takda duit dan sebagainya . kata kata manis yg diungkapkan begitu mencairkan aku . membuatkan aku terlalu percayakan yg dia menyayangi aku . dan akhirnya , segala galanya terbongkar . baru aku sedar , aku bodoh mempertahankan sebuah hubungan yg hanya bertepuk sebelah tgn . dimaki hamun , dicaci , dilayan seperti binatang , aku masih menyayangi dia . hati aku mudah terpaut , mudah sayang . oleh kerana perkara bodoh sepeti itu . aku kehilangan ramai org yg aku sayang . org yg sentiasa ada disamping aku .
"KERANA SAYANG AKU JADI BODOH . DAN KINI AKU BANGKIT MEMBUKTIKAN YANG AKU TIDAK KALAH DENGAN PERASAAN"
fuhhh . berhabukkk !!
Monday | 9:15 PM | 0 candie blossom
assalamualaikum :)
wahhh lama nyaa aku tak post dalam blog ni . hee , okay aku dah tukar skins . so dia dah comel . hehe . hmmm , blog ni semua kisah sedih kan ? haha , ingt lagi ENCIK KECIK ? haha all is over . takda apa apa lagi antara kami . dah 2 bulan dan dah lepas seksaan aku dari dia selama 7 bulan . cukup la tu . aku dah cukup menderita . dah cukup terseksa . sekarang tiba masanya aku cari kebahagiaan aku . inshaAllah , kali ni takkan jadi lagi mcm dulu . aku pun tak mintak perkara yg sama berlaku . jadi sebelum apa apa yg berlaku , aku ambil langkah berjaga jaga :)
siapa pengganti ENCIK KECIK ? hehe , actually ada . tapi belum masanya lagi aku bgtau . mungkin esok , atau malam ni ke kan . akan aku bongkarkan siapa pengganti dia . hikhik . alhamdullilah . kali ni aku bahagia . dia mengubat luka hati aku . walaupun masih berparut , tp tetap mampu mengukir senyuman dihati . sokay la , aku tau nak rawat hati aku sendiri . tambah pulak ada org yg cuba juga merawat hati aku yg terluka ni . alolololo , jiweng pulak aku . hoho . wee , byk benda aku nak story . tapi sampai sini jela . sbb tak berapa nak sihat . next aku type type post post lagi k ? byeeee :)
-YAYA RYSAA-
terima kasih mama :')
Saturday | 4:38 PM | 0 candie blossom
assalamualaikum .
heyy , sekarang aku dah mula suka bunga . bunga yg paling aku suka , bunga ROSE ! wee , cantik sgt . walaupun bunga rose tu ade kotor or hitam , dia tetap cantik dan jadi pujian org ramai .
see , even kite kite ade sedikit kekurangan , tak semestinya org akn melihat kekurangan kita sahaja . tetapi bila kita dah dipuji , jangan lah kita terlalu riak , dan membuatkan kita lupa diri yg diri kita tidak sempurna mana .
kepada yg suka mengutuk org tak tentu pasal , hina org sana sini , cuba fikir ? adakah semua manusia ini sempurna ? dan kamu ! adakah kamu seorang manusia yg sempurna ? tiada seorang pun yg sempurna didunia ini . jadi , jgn la nak menghina org sesedap hati , kerana mungkin suatu hari nnti org lain pulak akn nmpk kekurangan kmu dan menghina , mengutuk kamu . baru masa itu kamu rasa apa yg org kamu hina tu rasa . sedar la sebelum terlambat okay ?
bukan marah atau menyindir , sekadar berkongsi . mana yg terasa , mintakk maaf la ye :)
sekian :)
: cantikkan ciptaan ALLAH ni ? ye , semua ciptaan ALLAH semua nya cantik2 belaka :)
#merah dah kembang #putih belumm lagi #kuning tu wangi #pink tu sweet sgt :)
tiup habuk !
Friday | 12:43 AM | 0 candie blossom
assalamualaikum ! fuhhh fuhhh fuhhh ! haaa sudahh , pahal aku ni ?? dah bersawang blog aku ni . bhahaha . kesiannya dia . hee , baru je lepas tukar skin , then kasi letak itu lagu . kasi syiokk cikit la . wuu wuu ~ haha . okayy motif aku update memalam buta ni sbb aku tgahhhh stress . tahuu takk stress tu binatang ape ? tau dok ?? tau kan ?
haa , aku terpilihh untuk masuk syarahan agamaa . wuu , baiknya aku . haha . aku pun tatau la . ade ke ciri2 seorang musllimah aku ni ? haha , kat sekolah maybe la . hikhik . so , esok aku kena test depan usatazahh . mendenya sekrg ni , aku takk hafal 1 patahh ape pun . aku takk paham nak buat mcm mne . aku tatau nak cari isi mcm mne dan aku stress sbb , em em . nnti la aku story . tamau nangis dahh :') .
hmmm okayy . next point . aku tghh ngantok sbnrnya ni . tp aku tgh tggu
nak tau ? skrg aku dah belajar byk benda . aku dah belajar ,
-jangan terlalu menyayangi
-jgn terlalu benci
-jgn cepat terpedaya
-jgn seksa diri jika stress/tension
-jgn terlalu berharap
-jgn terlalu percaya
-jgn asyk nak jaga perasaan org
hmmmm , actually byk lagi . tp aku malas nak taip pjg2 . akibat aku terlalu desprate sgt dgn mende2 kat atas tu la , hidup aku tak tentu arah skrg ni . hmmm , setiap manusia tak pernah luput dari kesalahan . itu org selalu ckp , pikir dulu sebelum buat . dan inilah padahnya . aku pun redha , sbb ini semua dari diri aku sendiri . aku yg buat diri aku mcm ni . bukan org lain . takde sesiapa yg bersalah dlm hal ni , semua salah aku .
okayyy berbalik pada tajuk entry aku kali ini adalah "tiup habuk" . korang ramai2 tlg la tiup habuk kt dlm blog aku ni ek ? aku nak tidur . sakit kepala aku pikir pasal benda yg tak bwk ke masa depan aku . babai :*
takutnya lahaiii :(
Tuesday | 11:14 PM | 0 candie blossom
assalamualaikum :)
esok hari rabu right ? kat area rumah aku ade pasar rabu lah . hee :) kenapa kenapa ? ada aku terlupa apa apa ke esok ? takda apa apa yg berlaku esok kan ? apa yg akan jadi pukul 11 ? eh eh ? hahaha .
wehh takutt ! aku takut hampakan mak ayah aku ! tapi apa boleh buat . dah itu yg aku jawab time exam . so esok 19 disember 2012 , keputusan PMR akan dikeluarkan pada 11 pagi .
so to all batch 97 ! hopefully result korang gempak mcm mana korang harapkan . aku harapkan tak GAGAL je . hmmm , apa apa pun byk2 kan istighfar dan bertawakal aje la . aku redha dgn keputusan yg bakal aku terima :)
wish me luck okay ? doakan aku tabah esok . aku tatau boleh banggakan mak abah atau tak :)
: ya allah ya tuhan ku . kau berikan lah ketabahan untuk aku untuk menghadapi dugaan esok . aku tak mahu ibubapa aku hampa dgn keputusan aku . mereka telah berikan aku pelajaran yg secukupnya tetapi aku yg tidak menggunakan dgn sebaik mungkin . semoga ibubapa terima dgn keputusan yg bakal aku terima esok dan tidak hampakan hati mereka . maafkan aku jika aku tidak dapat membanggakan ibubapa aku . amin~
just be yourself , enough ! ^^
Sunday | 4:33 PM | 0 candie blossom
assalamualaikum . heyyyyyy , lamakan tak update . seriously , aku busy dgn tuisyen and segala2nya persiapan nak PMR la , gerak gempur . all things . hmmm , nak tau jadual aku ? isnin , selasa , khamis , jumaat , ahad , aku tuisyen dari 5.30 sampai 9.45 . sabtu , 2.30 sampai 6.00 . lamakan ? rabu je cuti . hmmmm . penat . seriously penat . and aku pun taktau nak update ape . ade something pic yg pelik , aneh tapi ade makna . haha . okayy2 byee :) pic 1 : auwwchakkkkk ! pic 2 : hee ^^ pic 3 : alamak , malu lahhh :P saya budak kecik yg bermain buaian di taman permainan , weheeee ^^ |